Monday, December 30, 2013

Cerita Sepuluh Tahun Yang Lalu .

       Saya punyai satu kehidupan yang menarik satu ketika dahulu dan semua orang ada kisah yang menarik yang pernah mereka lalui, kehidupan yang suka membaca dan menulis. Pernah saya digelar gila atau mental kerana suka cakap sendiri seolah ada yang membuatkan saya ketawa dan gembira , tapi akhirnya saya akan simpulkan masuk ke dalam diari dan berkata itu adalah sebahagian kisah hidup aku .. Meneliti hidup lalu saya bukanlah berasal dari Sekolah Rendah biasa malah Sekolah agama , dari kecil hingga dewasa saya diterapkan dalam didikan agama oleh ayah saya yang mahu saya menjadi Ustazah atau Hafizah kelak di Mesir sana. Impian yang mengunug tinggi ,saya punyai cita-cita yang berbeza dari Ayah saya,tiada jodoh untuk ke Mesir hanyalah punyai sijil tersangkut di KLMUC selama beberapa tahun ini.

Bila tibanya saya di Kuala Lumpur , saya seolah merajuk tidak mahu pulang ke Kedah selama berapa tahun hatta hingga tiket hari raya pun ,saya meminta kakak ketiga saya belikan untuk saya untuk pulang berhari raya . Bukan tidak rindu pada Ayah dan Ibu, tapi saya belum berjaya untuk pulang seperti dua kakak yang lainnya . Disinilah saya membina satu identiti walaupun banyak tersasar di lapangan . Saya juga banyak dalam kelalaiannya .

Saya berkelana dengan wang simpanan yang ada , melihat Kuala Lumpur selama lima tahun yang masih banyak tidak terungkai dek orang-orang kenamaan .Satu ketika dahulu bila saya berjalan dengan ibu seringkali ia pesan jangan jadi seperti wanita kebanyakkan . Ada maksud tersirat baginya .Fikiran ibu itu tajam dan menusuk kalbu adalakalanya dia mahu kita ungkai sendiri apa yang di perkatakannya . Saya disini hingga kini berpakaian yang biasa berjaket hitam, berseluar hitam tudung pun hitam . Ada yang mahu merubah saya ,kebanyakkannya tidak mampu untuk mengubahnya sehingga saudara saya di Jordan sana membelikan sepasang baju kurung wanita untuk melihat saya pakai . Hingga dia pulang ke sana untuk sambung belajar sempat lagi memberikan sehelai tudung labuh untuk saya sarungkan .

Saya tidak sendiri di Kuala Lumpur ini , 10 tahun lalu , saya mahukan kebebasan dari kongkongan ayah dan ibu , dari arahan tetap oleh ayah dan ibu , saya mahu lari dari semua itu dan saya mahu jauh dari itu . Saya pernah di jaga orang dek kerana ibu kerja di siang hari dan ayah seorang nelayan moden (NIKMAT) yang membawa ikan dari Teluk Intan, Lumut ke Kuala Lumpur dan sekitarnya . Jarang-jarang lihat ayah pulang hinggalah dia pencen dari kerja itu , membawa kelapa dari dusun lama untuk di jual . Saya ketika itu sudah berusia lebih dr enam tahun, saya tadika di Taska ABIM di Sungai Petani . 

Ayah seorang yang kuat pegangan agamanya . Dahulu ayah yang membawa saya ke Masjid jika ibu tiada di rumah , Hal ini kerana Ibu seorang teknikal EO di Kilang HP yang berada di Pulau Pinang . Saya pernah menduduki kelas tajwid yang di ajar oleh ayah sendiri , sehingga panggilan "abi" hilang dan hanya ada panggilan Ustaz semasa sesi pembelajaran itu . Tika itu saya berusia lapan tahun . 

Bila saya berada di rumah , saya mahu keluar untuk bermain adakalanya ,ibu memarahi saya dan saya terasa terkongkong bila ibu tidak memberikan kebebasan kepada saya . Kenapa tidak boleh keluar yer ? Hingga satu ketika saya pulang hendak magrib , saya di pukul ibu kerana kedegilan dan kenakalan saya . Adakalanya saya menninggikan suara yang bajetnya mahukan kebebasan untuk bermain , ala macam iklan milo lah " hak bermain hak kami" tapi zaman kanak-kanak dahulu adalah sangat berbeza dari sekarang ini .

Akhirnya saya kerap mengikut ayah pergi mengambil buah kelapa di Kota Kuala Muda . Saya duduk di dalam bilik yang sangat suka berangan , bila saya punyai cita-cita yang tinggi saya akan tulis dalam buku itu . Katanya mahu menjadi doktor , hahaha impian zaman kanak-kanak bukan .Sehingga saya masuk ke darjah satu , saya melihat sahabat saya yang bernama Hawa . Dia menagis di tinggal ayahnya untuk pulang ke rumah sehingga Ayahnya tidak jadi untuk pulang ke rumah . Saya melihat pula seorang pelajar tahun dua namanya Rasyidah tak silap turun darjah ke darjah satu semula dari darjah dua ,akibat pelajar tercorot di dalam kelas, Cikgu itu menarik meja tambahan dan meletakkan dia di sebelah kawan yang lain .

Dari situ saya melihat ramai rakan kelasnya yang sebaya dengannya tidak beberapa suka akan kelakuannay . Yelah dia tidak berapa pandai dan seringkali di ejek oleh rakan yang lain . Fikiran dia amat lambat dan bukan dia tidak mampu untuk lakukan tapi cumanya cara dia untuk berfikir itu lembab. Dia akan lemah jika Cikgu marah padanya . Sikap Guru yang tidak sabar , saya merasakan kurang kebebasan bila berada di sekolah ini . Fikiran kanak-kanak saya kearah kebencian , susah nak padam bila ada guru yang mengajar anak didiknya yang akalnya lemah dengan kata-kata kejian . 

Dari situ saya melihat ada yang tidak sempurna dalam hidup saya , sehinggalah saya darjah enam . Hayat saya di Sekolah Rendah Islam ABIM Sungai Petani . Pelbagai perkara yang saya lalui dan masih saya ingat ketika sukan tahunan sekolah , musibah menimpa saya apabila di langgar motor ketika melintas ke arah masjid , satu kenangan di masa perkara itu berlaku dengan sekelip mata , sehingga budak-budak kat taman itu menjerit masuk rumah cakap 
" anak ustaz zizan exiden .. anak ustaz zizan exiden ! "
Basikal dengan motor , bukan basikal dengan kereta ok . Kaki saya bengkak teruk dan terseliuh , dan yang paling cekal tak masuk hospital kot . Dan saya di kecualikan dalam memasuki apa-apa acara di dalam pertandingan sukan pada tahun itu .

Namum sebelum itu ada lagi satu kisah yang pahit pernah saya lalui dimana saya bermain di papan gelongsor di taman permainan , secara tiba-tiba tangan saya terseliuh dan bengkok teruk , mulanya tidak mahu memberitahu pada ibu saya dan akhirnya mendapat keputusan yang tangan saya patah rupanya , ahahahha sungguh zaman budak-budak itu nakal ! hampir sebulan jugaklah tak pergi sekolah .

Saya pernah nak jadi seperti kakak sulung saya , dia masuk askar pada usia 21 tahun kalau tidak silap saya dan berkhawin pada usia 22 atau 23 tahun macam tu . Ketika itu saya berusia 11 tahun , sangat kemas melihat cara pemakaiannya , namum jika di fkir balik saya pernah patah tangan jadi lupakan jelah hasrat mahu jadi askar itu . Kakak mula bertolak menaiki keretapi dari Sungai Petani ke Lumut . Ala macam dalam filem Leftenan Adnan tu , macam mana Adnan turun kereta api pulang ke kampung macam tu lah saya tengok kakak saya bertolak dan balik .

Usia saya yang semakin meningkat , saya bersekolah menengah di SMA Sungai Petani , namum jodoh saya bertemu di Maktab Mahmud ketika saya tingkatan dua . Ada pahit ada manis di Bumi Mahaad ini , seronok bila digelar pelajar Mahaad ,seolah rasa bersama budak-budak pandai , tapi Mahaad yang dulu bukanlah yang sekarang , dahulu sekolah ini dinamakan Saadaturddaroin. Pengasasnya adalah Ustaz Abd Rahman Merbok (Dato') .Dua tahun di sekolah ini bila saya keluar berjumpa dengan adik-adik lama mereka selalu bertnya apa kenangan manis di Mahaad ini ... Saya menjawab dan terdiam , tiada yang manis semuanya pahit belaka .

Tidak perlulah diungkapkan disini , hanya saya sahaja tahu dan mereka yang pernah bersekolah dengan saya sahaja tahu bagaimana saya berada di bumi Mahaad ini .

Jodoh di bumi Mahaad itu tidak lama , ia bertemu dengan dua buah sekolah teknik di sekitar Pulau Pinang . Saya akui , saya bukan pelajar yang berada di Kelas Pertama, saya juga tidak pernah merasa dapat markah yang tinggi melainkan saya akan usaha mahukan ya , memang tinggi sangat-sangatlah markah itu . Hakikatnya saya seorang yang sangat pemalas . Tahulah peragai saya , Tidak hairanlah di Mahaad atau Teknik , kehidupan saya sendiri itu sangat perlu , saya pernah menyusahkan guru-guru saya di Teknik dulu , nakal bukan saya , hahaha tidaklah jahat mana pun saya sebenarnya , cuma saya suka sendiri , ada dikalangan itu tidak berapa suka saya sendiri dan saya pun rasa rimas jika ada yang tahu lebih dari itu . Well saya juga pernah susahkan kawan-kawan saya semasa di Mahaad dan juga SMT ini .

Saya yang sudah dewasa , tidak perlu ingat kisah lama,sehingga saya masuk ke PLKN , saya dapat merasa yang saya akan mendekati kebebasan yang saya impikan itu, bilamana saya berada di PLKN , masih saya ingat ada seorang rakan berbangsa cina ini membantu saya kawad di padang . Saya masih ingat yang saya "ada hati" nak jadi penghuluwati dan penghuluwati saya dari Pasukan Delta tu nak offer bagi kat saya, tapi perancangan tuhan itu adil sebenarnya , tidak perlulah memperbodohkan diri untuk semua itu , saya pernah sepak bola jaring kena pada salah seorang wirawati pasukan Charlie dan cikgu-cikgu semua marah saya , hah saya tak bermain bola jaring , saya pernah juga dihentam teruk sehingga bergaduh dengan wira kerana apa ntah , adakalanya saya masih mendidik diri saya untuk bersabar dalam apa juga keadaan itu .

Akhirnya saya sendiri , mahu tunjuk belagak orang membenci , itulah hakikat dan kesilapan dalam diri saya yang tidak menentu , sehingga ada seorang wira dari Pasukan Bravo suka pada saya , mungkin masa itu saya syok sendiri , erkk sekian .

Saya seorang sangat kasih pada kawan , maksudnya ukhuwah persahabatan kepada rakan saya . Mungkin saya ini juga yang sangat suka bercerita pada kawan-kawan sehingga ada yang menganggap saya gila dan tidak mahu lagi dengar kisah itu . Akhirnya satu kisah hitam semasa sekolah menengan itu kembali , selesakanlah diri bercakap sendiri , saya pergi depan cermin dan saya cakap sendiri , bila jawab A akan di balas B . Saya tidak perlu rakan karib lagi .

Hingga saya ke dunia kolej , saya kekal sendiri , pergi kelas sendiri dan buat kerja sendiri , hingga ada kawan-kawan lelaki yang banyak membantu saya . Bila cuti semester saya akan duduk di Hostel dan tidak pulang ke kampung meskipun rakan bilik saya yang duduk sabah tu pun balik sabah. Saya menjelajah satu Kuala Lumpur . Sehinggalah saya dapat kawan yang gila caringlah kan saya jadi macam kurang siuman hingga dia pergi tinggalkan saya dan tidak dapat lagi di jejaki hingga kini .

Selepas kawan baik saya itu pergi , saya menjadi kurang siuman sebentar ,saya sendiri ,menangis sebentar dan saya tidak banyak bercakap . Saya berjumpa dengan ramai orang dan adakalanya saya segaja bertnyakan soalan yang tidak akan dijawab dengan penuh . 

Bersambung ....

1 comment:

  1. Weh..sampai hati ko wei..tgal aku sorg2 kt maahad...seyes weh..aku rasa nie lah memori pahit..nnti email aq tau...

    ReplyDelete

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu